Thursday, July 26, 2012

Pengalaman czer anak ke 3 (part 2)

Setelah dari pagi tunggu punya tunggu turn daku..akhirnya pukul 2 ptg jugak baru dipanggil. Katanya ada emergency case thats y lmbt. Sabo jelah. Bila ditolak je ke bilik bedah kepala lutut ni terus ngeletar. 1st time lah katakan. Paling tak boleh tahan masa masuk ubat bius kat tulang belakang. Sakitnya. Lepas tu bila ubat bius bertindak balas, aku rasa nak keluar isi perut ni, muntah. Satu macam badan ni. Mmg aku muntah pun. Rasa nak mati je, sebab nak nafas pun tak boleh.

Bila operate je aku mcm ngantuk nak tido. Tapi takleh sebab takut. Pastu dengar bunyi air mcm melimpah ke lantai. Tak lama tu tepat pukul 3.22 petang hari Jumaat 29 Jun 2012, bunyi suara baby nangis. Ya Allah nak menangis rasanya. Pengalaman melahirkan secara normal dan operate ni telah dapat aku lalui. Punyalah berdebar berapa kilo lah anak aku ni. Baby girl seberat 3.96kg. Syukur alhamdulillah. Masa operate air ketuban byk sgt kut sampai bantal yang aku baring pun basah kena air ketuban tu.

Sejuknya tuhan je tau. Bila dah sampai kat wad aku relaks je lagi. Mungkin sebab ubat bius ada lagi.
Bila nak malam sakitnya tuhan je tau. Sampai esoknya setiap 4jam aku kena ambik ubat tahan sakit. Nasib baik mak temankan di wad. 2 malam mak temankan. Operate ni mmglah time nak bersalin tak skait, tp time lepas bersalin tu yg seksa. Tuhan je tau betapa seksanya. Paling sakit masa nak mula bangun setelah direhatkan selama 6 jam tak boleh bangun. Aku bukan 6 jam tapi esoknya baru start bangun. Sampai mengalir air mata ni menahan sakit. Mungkin takdir time aku sakit kot. Sebab tanya org lain kata tak sakit sgt lepas bersalin.

3 malam di wad termasuk semalam sebelum operate then boleh discharge. Baby pulak suspect G6PD intermediate. SO kena warded kat MAIWP kat precint 8. Tu hospital putrajaya punya. Sebab hosp putrajaya sesak sgt so dia sewa kat situ. 2 malam baby kat situ. Kuning pun tinggi. Tapi belum sampai tahap duk bawah lampu biru. Baby discharge hari selasa. Rabu balik t.intan. Setiap hari kena ambik darah di klinik kesihatan coz kuning tinggi. After 21 hari dah turun ke 7.6 tapi kena refer hosp kena ambik darah ambik air kencing nak check lebih detail sebab dah lebih 21 hari kuning. Ya Allah dugaan sungguh kali ni berpantang. Ke sana kemari. Jamu langsung tak ambik. Halia ke lada hitam ke tak sentuh sbb baby kuning. Bengkung pun tak boleh sebab operate. NAsib baik badan sihat, takde masuk angin ke.

Lepas baby umur 3 bulan kena pegi ambik darah balik utk confirm kan sama ada betul kena G6PD atau tidak. Pasal result darah dan air kencing akibat kuning yg lama pun lagi 2 minggu dpt result. Semoga Nur Hana Zahira sihat hendaknya. Jauhkan lah dia dari apa2 penyakit Ya Allah.

1 comment: