Monday, September 10, 2012

Akikah & Kesyukuran


 
 
buaian yg sgt simple hiasannya 
 
 
Majlis yg serba sederhana utk zahira. Alhamdulillah meriah dan berjalan lancar. 

Thursday, July 26, 2012

Pengalaman czer anak ke 3 (part 2)

Setelah dari pagi tunggu punya tunggu turn daku..akhirnya pukul 2 ptg jugak baru dipanggil. Katanya ada emergency case thats y lmbt. Sabo jelah. Bila ditolak je ke bilik bedah kepala lutut ni terus ngeletar. 1st time lah katakan. Paling tak boleh tahan masa masuk ubat bius kat tulang belakang. Sakitnya. Lepas tu bila ubat bius bertindak balas, aku rasa nak keluar isi perut ni, muntah. Satu macam badan ni. Mmg aku muntah pun. Rasa nak mati je, sebab nak nafas pun tak boleh.

Bila operate je aku mcm ngantuk nak tido. Tapi takleh sebab takut. Pastu dengar bunyi air mcm melimpah ke lantai. Tak lama tu tepat pukul 3.22 petang hari Jumaat 29 Jun 2012, bunyi suara baby nangis. Ya Allah nak menangis rasanya. Pengalaman melahirkan secara normal dan operate ni telah dapat aku lalui. Punyalah berdebar berapa kilo lah anak aku ni. Baby girl seberat 3.96kg. Syukur alhamdulillah. Masa operate air ketuban byk sgt kut sampai bantal yang aku baring pun basah kena air ketuban tu.

Sejuknya tuhan je tau. Bila dah sampai kat wad aku relaks je lagi. Mungkin sebab ubat bius ada lagi.
Bila nak malam sakitnya tuhan je tau. Sampai esoknya setiap 4jam aku kena ambik ubat tahan sakit. Nasib baik mak temankan di wad. 2 malam mak temankan. Operate ni mmglah time nak bersalin tak skait, tp time lepas bersalin tu yg seksa. Tuhan je tau betapa seksanya. Paling sakit masa nak mula bangun setelah direhatkan selama 6 jam tak boleh bangun. Aku bukan 6 jam tapi esoknya baru start bangun. Sampai mengalir air mata ni menahan sakit. Mungkin takdir time aku sakit kot. Sebab tanya org lain kata tak sakit sgt lepas bersalin.

3 malam di wad termasuk semalam sebelum operate then boleh discharge. Baby pulak suspect G6PD intermediate. SO kena warded kat MAIWP kat precint 8. Tu hospital putrajaya punya. Sebab hosp putrajaya sesak sgt so dia sewa kat situ. 2 malam baby kat situ. Kuning pun tinggi. Tapi belum sampai tahap duk bawah lampu biru. Baby discharge hari selasa. Rabu balik t.intan. Setiap hari kena ambik darah di klinik kesihatan coz kuning tinggi. After 21 hari dah turun ke 7.6 tapi kena refer hosp kena ambik darah ambik air kencing nak check lebih detail sebab dah lebih 21 hari kuning. Ya Allah dugaan sungguh kali ni berpantang. Ke sana kemari. Jamu langsung tak ambik. Halia ke lada hitam ke tak sentuh sbb baby kuning. Bengkung pun tak boleh sebab operate. NAsib baik badan sihat, takde masuk angin ke.

Lepas baby umur 3 bulan kena pegi ambik darah balik utk confirm kan sama ada betul kena G6PD atau tidak. Pasal result darah dan air kencing akibat kuning yg lama pun lagi 2 minggu dpt result. Semoga Nur Hana Zahira sihat hendaknya. Jauhkan lah dia dari apa2 penyakit Ya Allah.

Saturday, July 14, 2012

Pengalaman czer anak yang ke 3 9part 1)

Pregnant kali ni hb rendah. Dr Su buat referral letter utk rujuk ke hospital yg saya nak bersalin nanti. Ini adalah langkah berjaga2, manalah tau saya tumpah darah byk ke at least diorang (pihak hosp) tau history saya mcm mana.
Disebabkan malas yang teramat nak pegi hosp gomen ni , lama jugaklah saya tangguhkan dan simpan surat tu. Dah masuk minggu 37 baru sibuk nak pegi.

Rupanya dtg kali pertama tu bukan terus boleh jumpa doktor. Kena buat appointment dulu. Malas betul la nak dtg balik. Tarikh yang diberi adalah seminggu selepas itu yg mana saya telah 38 minggu. Tarikh yang diberi utk appointment adalah 26 Jun 2012 (Selasa). Jadi saya bersama En Anip terpaksa ambik cuti sekali lagi utk pegi Hosp.

Dr tengok buku check up saya , yg mana saya penah lahirkan baby besar, 3.8kg dan 4.6kg which is normal delivery.Lepas tu  Dr scan perut saya. Doktor ni agak muda, nampak seperti tak puas hati, dan dipanggil nya pakar atau yg lebih senior darinya. Bila scan perut saya ni, menunjukkan baby dlm perut anggaran beratnya dlm 4kg - 4.5kg yang mana pada masa tu saya 38minggu. Kalau tunggu lagi sehingga 40 minggu tak tau lah berapa beratnya huhu.

Lama jugaklah Dr scan perut ni sampai sakit kot pinggang dok terlentang je. Then abis tu terus  dia consult bersama En Anip skali. Risiko bersalinkan big baby ni adalah takut bahunya terkehel atau yg sewaktu dengannya bla..bla..bla.

"Macam mana Puan Haza?" tanya Dr yang putih melepak itu.Kena buat keputusan dan dan tu jugak. So En ANip decided kita operate. Mcm nak menangis jugak depan Dr tu, tp tahankan je airmata. Terus diorang check tarikh dan yg available on Friday. So saya kena admit ari khamis.

Sempatlah ari rabu saya gi opis settlekan apa yang patut. Siap drive lagi gi opis dari Kajang tu.

Hari Khamis 28 Jun 2012 petang saya dah dimasukkan ke wad 2a Hosp Putrajaya. Berdebar2 debar menunggu hari esok. Saya punya turn dijangka pagi. Pukul berapa tak pasti.Saya kena puasa dari malamnya sehingga la nak operate tu.

......Nanti sambungan cite hari kejadian ye :)

Tuesday, June 12, 2012

36weeks

Pagi tadi checkp up dengan Dr Su, doktor yg check saya since pregnant anak sulung.
Berat badan normal naiknya.
Baby seperti biasa ukuran nampak seperti tinggi orangnya.
Berat baby dah 3.08kg pada 36weeks (wahh semangat tu)

Surprise sangat Dr. kata baby dah engage. Good news jugaklah pada saya. Hopefully paling lewat bersalin pada 38weeks. Saya akan cuba petua² yg Faizah bagi utk cepatkan bersalin.
dan sekali lagi check baby adalah gugurl :)
Semoga saya selamat bersalin dan baby sihat , begitu juga dengan saya. Doakan ye

Friday, June 8, 2012

Yeayyyy balik kampunggggg

Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu. Malam ni nak balik t.intan. Rindu sgt dgn mak. Rindu nak mak masak sedap2 sblm bersalin ni.

Baby alhamdulillah sihat. Tapi saya kena refer hosp sebab anemia , hb rendah. Adoii bercinta sungguh nak ke hosp ni. Harap² hb saya dah oklah setelah mendisplinkan diri makan ubat setiap hari.

Tuesday, May 15, 2012

Saya sangat stress, down, takut...semua perasaan ada.

Mcm ni citenya. Baru lepas check up. Baby alhamdulillah sihat, pergerakan ok. Tapi yg membuatkan saya risau di kala minggu ke 32 ni baby saya telah beratnya 2.2kg. Masih ada 8 minggu lagi. Saya bukanlah org yg makan banyakkkk. Malam tak makan. Tengah hari makan nasi kadang idak. Tapi pagi wajib makan nasi. Ais pun hanya sekali sehari. Saya makan kudap2 pun adalah coklat kit kat, kacang pitaschio itupun bukanlah setiap ari.

Takkan lah saya kena puasa setiap hari tanpa ambik makanan pun. Dah la saya ni ada anemia. Maunya pengsan di siang hari.

Monday, May 14, 2012

Lagi 8 minggu je lagi

Arini nak buat check up. Sekali doktor Su pulak takde hari ni. Dah 32 minggu rupanya. Tak prepare apa pun lagi ni. Nak bersalin mana pun masih tak tahu lagi. Cadangnya Hospital Putrajaya. Tapi risau sana tak terima. Kalau camtu nak pegi Hosp Serdang. Ntahlah masih pening². Susah susah pegi Annur je huhu.

Takde idea nak tulis apa. Mengantuk sangat² ni.