Saturday, July 14, 2012

Pengalaman czer anak yang ke 3 9part 1)

Pregnant kali ni hb rendah. Dr Su buat referral letter utk rujuk ke hospital yg saya nak bersalin nanti. Ini adalah langkah berjaga2, manalah tau saya tumpah darah byk ke at least diorang (pihak hosp) tau history saya mcm mana.
Disebabkan malas yang teramat nak pegi hosp gomen ni , lama jugaklah saya tangguhkan dan simpan surat tu. Dah masuk minggu 37 baru sibuk nak pegi.

Rupanya dtg kali pertama tu bukan terus boleh jumpa doktor. Kena buat appointment dulu. Malas betul la nak dtg balik. Tarikh yang diberi adalah seminggu selepas itu yg mana saya telah 38 minggu. Tarikh yang diberi utk appointment adalah 26 Jun 2012 (Selasa). Jadi saya bersama En Anip terpaksa ambik cuti sekali lagi utk pegi Hosp.

Dr tengok buku check up saya , yg mana saya penah lahirkan baby besar, 3.8kg dan 4.6kg which is normal delivery.Lepas tu  Dr scan perut saya. Doktor ni agak muda, nampak seperti tak puas hati, dan dipanggil nya pakar atau yg lebih senior darinya. Bila scan perut saya ni, menunjukkan baby dlm perut anggaran beratnya dlm 4kg - 4.5kg yang mana pada masa tu saya 38minggu. Kalau tunggu lagi sehingga 40 minggu tak tau lah berapa beratnya huhu.

Lama jugaklah Dr scan perut ni sampai sakit kot pinggang dok terlentang je. Then abis tu terus  dia consult bersama En Anip skali. Risiko bersalinkan big baby ni adalah takut bahunya terkehel atau yg sewaktu dengannya bla..bla..bla.

"Macam mana Puan Haza?" tanya Dr yang putih melepak itu.Kena buat keputusan dan dan tu jugak. So En ANip decided kita operate. Mcm nak menangis jugak depan Dr tu, tp tahankan je airmata. Terus diorang check tarikh dan yg available on Friday. So saya kena admit ari khamis.

Sempatlah ari rabu saya gi opis settlekan apa yang patut. Siap drive lagi gi opis dari Kajang tu.

Hari Khamis 28 Jun 2012 petang saya dah dimasukkan ke wad 2a Hosp Putrajaya. Berdebar2 debar menunggu hari esok. Saya punya turn dijangka pagi. Pukul berapa tak pasti.Saya kena puasa dari malamnya sehingga la nak operate tu.

......Nanti sambungan cite hari kejadian ye :)

No comments:

Post a Comment